Tahukah anda kristal/batu permata asli yang anda pakai bukan sahaja mampu menjadikan anda kelihatan cantik dan menarik tetapi mempunyai unsur-unsur perawatan alternatif yang jarang diketahui umum. Ramai yang menyangka penggunaan kristal/batu permata asli dalam perubatan atau perawatan lebih kepada bersifat "supernatural", mistik dan tahyul.
Namun Allah swt tidak pernah mencipta sesuatu di dalam alam ini dalam keadaan sia-sia atau tiada manfaat. Hanya ilmu manusia yang masih cetek dalam mencari rahsia alam ini. Begitu juga dengan kristal/batu permata asli ciptaan Allah swt, mempunyai rahsianya yang tersendiri. Pada zaman Nabi Muhammad saw, wanita memakai gelang yang diperbuat daripada bahan-bahan rempah ratus kerana percaya ia mengandungi khasiat tertentu. Oleh itu, memakai gelang kristal/batu permata asli kerana mahu mendapatkan khasiat yang ada padanya adalah harus. Yang haram ialah memakainya dengan niat menjadikannya sebagai tangkal yang dipercayai boleh menolak bala atau mendatangkan laba.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan