Dalam Islam batu yang paling terkenal, adalah batu hitam dari Mekah yang disebut Hajarul Aswad. Dikatakan pada mulanya batu ini berwarna putih bersih dan menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia. Tetapi dipercayai di bahagian dalamnya masih berwarna putih berkilau.
Dikatakan ketika Adam dan Hawa diturunkan ke dunia, sebuah batu istimewa mengikuti bersama-sama mereka. Pada zaman Nabi Noh berlaku banjir besar, batu ini kembali ke Syurga. Kemudian diberi kepada Nabi Ibrahim oleh malaikat Jibril. Nabi Ibrahim menempatkan pada satu sudut arah tenggara Kaabah di Mekah. Hajarul Aswad akhirnya diambil dari Mekah oleh orang "Karamiah"(sebuah sekte yang memutarbelitkan nilai-nilai fundamental Islam). Setelah dua puluh tahun di tangan mereka Hajarul Aswad dikembalikan lagi. Batu ini juga disebut sebagai Tangan kanan Allah di bumi. Ia sangat dihormati oleh orang muslim.
Sekilas pandang terhadap sejarah kristal, cukup untuk memunculkan gambaran pola global kepada sesuatu kepercayaan. Kristal adalah ciptaan Allah swt yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan menseimbangkan diri kita. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini. Tenaga kristal ini terlalu kuat, dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan. Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.
Secara teorinya, apa yang membuatkan kristal tersebut berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga yang diingini adalah disebabkan oleh grid kristal. Grid adalah pembentukan garisan-garisan yang membentuk satu tenaga kuasa yang kuat (Life Force energy). Grid kristal adalah sangat effektif di dalam mencapai hasil yang dikehendaki bergantung kepada tenaga yang kuat di dalam kristal dan apa program yang telah diprogramkan ke atas kristal untuk mencapai sesuatu tujuan.
Program kristal ialah satu cara yang digunakan untuk memancarkan aura pada kristal. Kristal akan membelah cahaya aura (sebagai mana segi tiga prisma membelah cahaya matahari kepada tujuh cahaya utama yang merupakan cahaya asas kepada pelangi) untuk menseimbangkan aura tubuh manusia. Hasilnya keseimbangan akan wujud dalam tubuh manusia. Satu daripada kegunaan grid kristal adalah untuk mengeluarkan tenaga positif ke dalam persekitaran kediaman kita. Ini adalah untuk mengubah dan mengekalkan tenaga kawasan tersebut. Tambahan pula grid kristal akan membawa Kuasa Hayat (Life Force) ke dalam kawasan persekitaran. Ramai manusia purba menggunakan kuasa kristal ini. Pada masa sekarang manusia menggunakan kristal untuk tujuan pembelajaran, alat untuk keceriaan dan alat penyembuhan. Bila kristal diletakkan di atas komputer, kristal adalah berguna untuk melindungi pengguna komputer daripada pemancaran radiasi yang amat menyakitkan dari komputer tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan